asas fekah

Membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada najis

Nama Najis : Mukhaffafah [ ringan ]
Jenis Najis : Air kencing bayi lelaki [ kurang 2 tahun ] yang menyusu ibu dan tidak makan
makanan tambahan

Cara Menyucikan : i.  lap najis
ii. percikkan air mutlak* di tempat yang terkena najis

Nama Najis : Mutawassitah [ sederhana ]
Jenis Najis : Semua jenis najis selain dari Mukhaffafah dan Mughallazah

Cara menyucikan : i.  buang najis
ii. cuci tempat yang terkena najis dengan air mutlak sehingga diyakini
bersih [ tidak berbau dan tidak ada kesan ]

Nama Najis : Mughallazah [ berat ]
Jenis Najis : Semua jenis anjing dan babi serta najis anjing dan babi

Cara Menyucikan : i.   buang najis
ii.  cuci tempat yang terkena najis dengan air bercampur tanah, sekali
iii. bilas dengan enam kali laluan air mutlak

* air mutlak : air yang tidak tercemar

Bab 1 : Bersuci

(salah satu alat istinjak)

thumbnailCAA2SHUT

Istinjak

Cara – cara membersihkan najjis : buang air besar atau kecil

1. Alatan : air mutlak
Cara membersihkan : cuci tempat bernajis sehingga diyakini bersih

2. Alatan : tisu atau batu
Cara membersihkan : sapu lebih dari tiga kali [ tiga helai tisu ] sehingga diyakini bersih

3. Alatan : tisu dan air [ cara yang paling afdhal ]
Cara membersihkan : sapu dengan tisu, kemudian sucikan dengan air mutlak

tag02

Mandi Wajib

1. Membersihkan badan daripada kotoran atau bahan – bahan yang menghalang air aadaripada sampai ke seluruh badan

2. Niat

aa

Bermaksud :
Sahaja aku mandi wajib seluruh badan kerana Allah s.w.t.

3. Meratakan air ke seluruh badan
a. Sunat menjirus air di anggota sebelah kanan badan, diikuti dengan anggota sebelah kiri
b. Seluruh anggota tubuh badan

Tayammum thumbnailCA695MDY


Cara – cara Bertayammum :

01.  Memilih kawasan tanah yang bersih, kering dan berdebu

02.  Melafazkan niat :

Bermaksud :
Sahaja aku bertayammum untuk mengharuskan solat fardhu kerana Allah s.w.t.

03.  Menepuk tapak tangan ke debu

04.  Mengurangkan debu yang melekat dengan cara meniup ke kedua – dua tapak tangan

05.  Menyapu debu ke muka

06.  Membuang debu musta’mal [ debu yang telah digunakan ] pada tapak tangan

07.  Menepuk sekali lagi tapak tangan ke debu

08.  Menyapu tangan kanan dengan meletakkan di atas jari tangan kiri, melurutkannya
hinggake siku. Pusingkan tangan kanan dengan meletakkan di atas tapak tangan
kiri, melurutkannya hingga ke jari.

09.  Menyapu tangan kiri dengan meletakkan di atas jari tangan kanan, melurutkannya
hingga ke siku. Pusingkan tangan kiri dengan meletakkan di atas tapak tangan kanan,
melurutkannya hingga ke jari.

10.  Menurut Tertib

Bab 2 : Tata Tertib Dalam Solat

Sujud Sahwi

01. Sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah tamat bacaan tahiyat akhir sebelum
salam

02. Dilakukan sujud sahwi kerana terlupa sesuatu dalam solat :

a.   Terlupa rukun solat – perlu disempurnakan rukun tersebut, misalnya :
Seseorang itu terus sujud tanpa rukuk [ terlupa ], maka hendaklah dia bangun semula
untuk melakukan rukuk. Sebelum salam hendaklah dia melakukan sujud sahwi.

b.   Tertinggal sunat Ab’adh, misalnya terlupa baca doa qunut :
Sebelum salam hendaklah ia melakukan sujud sahwi.

c.   Terlupa rakaat solat, misalnya adakah empat atau tiga rakaat solat Zohor, maka tambah
satu rakaat. Sebelum salam hendaklah ia melakukan sujud sahwi.

d.   Memanjangkan rukun yang pendek, misalnya duduk di antara dua sujud. Sebelum salam
hendaklah is melakukan sujud sahwi.

Bacaan dalam sujud sahwi :

Bermaksud:
Maha Suci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa

tag02

Berhenti Solat

Harus berhenti sewaktu sedang solat disebabkan ada kecemasan, misalnya seorang ibu harus berhenti solat bila anak kecilnya dalam bahaya.

Sebelum berhenti solat, beliau perlu menamatkan solatnya dengan memberi salam ke kanan, sekalipun beliau sedang berdiri.

Ibu tersebut haruslah meneruskan solat setelah anaknya selamat.

Sebagai contoh, ibu tersebut sedang rukuk dalam rakaat kedua solat Zohor apabila beliau menamatkan solatnya.

Apabila ia menyambung solatnya, hendaklah ia Takbiratul – Ihram, dan mengulangi rakaat kedua. Setelah selesai rakaat kedua, beliau seharusnya ke rakaat ketiga dan keempat, sehingga sempurna solat Zohornya.

tag03

Ibu Mendukung Anak Dalam Solat

Seorang ibu yang sedang solat telah terlebih dahulu meletakkan bayinya di sisinya.
Sedang ibu tersebut membaca surah Al – Fatihah, bayinya menangis. Maka dia diharuskan :

a. Turun mendapatkan bayinya [ satu pergerakan ]

b. Berhenti sejenak

c. Mengambil bayinya [ satu pergerakan ]

d. Berhenti sejenak

e. Bangun sambil mendukung bayinya [ satu pergerakan ]

f. Menyambung bacaan surah Al – Fatihah

Perhatian : Perbuatan berhenti sejenak seperti dalam langkah b dan d adalah untuk
mengelak dari terbatal solat akibat tiga pergerakan anggota berat
berturut – turut

Ibu tersebut juga perlu memastikan yang dadanya tidak berpaling dari
Qiblat semasa melakukan langkah – langkah a hingga f

Bab 2 : Tata Tertib Dalam Solat

Perkara – perkara yang membatalkan solat

01. Berhadas kecil atau besar.

02. Terkena najis pada diri atau pakaian dengan kadar yang tidak boleh dimaafkan.

03. Bercakap dengan sengaja atau ketawa.

04. Makan atau minum.

05. Bergerak tiga kali berturut – turut

06. Membelakangkan Qiblat dengan dada [ kecuali dalam kenderaan ].

07. Terbuka aurat dengan sengaja. Kalau terbuka aurat secara tidak sengaja, perlu ditutup
dengan segera. Kalau dibiarkan untuk masa yang lama, solat akan terbatal.

08. Menambah atau mengurangkan rukun solat dengan sengaja.

09. Ada niat hendak berhenti solat.

10. Tertinggal atau mendahului imam dua rukun dengan sengaja.

11. Gila, mabuk atau pitam.

12. Murtad.

Adab keluar daripada solat

Apabila solat seseorang itu telah terbatal, ia hendaklah memberi salam ke kanan dan keluar daripada tempat solat.

tag03Makruh berseorangan dalam saf semasa solat berjemaah

Bila makmum [ berseorangan ] telah takbir

Beliau perlu meminta seorang makmum di saf hadapan undur ke belakang dengan cara menepuk bahu makmum tersebut.

tago4Berjalan dalam solat

Harus dilakukan selagi tidak membelakangkan Qiblat. Makmum itu perlu melangkah setapak [ undur ], berhenti seketika, melangkah semula, berhenti seketika dan melangkah untuk membetulkan saf.

Bab 2 : Tata Tertib Dalam Solat

Masbuq

Makmum datang lewat, sekiranya ia [ makmum masbuq ] mendapati imam sedang rukuk, maka hendaklah makmum itu bertakbir

dan niat solat, serta terus rukuk bersama imam.

Sekiranya dapat rukuk sejenak bersama imam, maka makmum tersebut sempurna satu rakaat, walaupun tidak membaca

tag02Kiraan Rakaat

Bermula daripada takbir

sehingga imam rukuk.

* Mesti melafazkan

* Rukuk itu dalam keadaan tumakninah, iaitu sempat melafazkan

tag03

Muwafiq

Makmum mempunyai masa yang cukup bersama imam untuk membaca  Al – Fatihah . Sekiranya ia [ makmum muwafiq ] masih belum selesai [ bukan dengan sengaja ],
sedangkan imam telah rukuk, maka hendaklah makmum tersebut menghabiskan
bacaan Al – Fatihah .

Sekiranya makmum tersebut masih tidak selesai membaca  Al – Fatihah, sedangkan imam telah bangun untuk rakaat kedua; makmum tersebut perlu memilih samada :

a. berpisah dengan imam, atau

b. bersama imam tetapi rakaat itu tidak diambil kira.

tag04

Solat Jumaat

Sesiapa yang terlewat sampai ke masjid, makmum itu pula tertinggal rukuk [ rakaat kedua ] bersama imam; maka hendaklah makmum tersebut berniat solat Jumaat mengikut imam tetapi ia [ makmum itu ] perlu melengkapkan empat rakaat solat Zohor.

tag05

Imam Terlupa

Makmum lelaki perlu memberitahu imam dengan lafaz :

Makmum wanita perlu memberitahu imam dengan tepukan tangan kanan ke atas belakang tangan kiri.

Bab 2 : Tata Tertib Dalam Solat

Solat Qasar dan Jamak

Ciri – ciri mengharuskannya

01. Perjalanan sehala melebihi 90km

02. Musafir, tujuan baik dan atas kerelaan sendiri

03. Tahu destinasi yang dituju

04. Berniat musafir [ bukan untuk menetap / bermukim ] sekalipun balik kampung
menziarahi ibu bapa

05. Faham cara – cara melakukan solat Qasar dan Jamak

06. Berimamkan orang musafir [ kecuali Jumaat ] atau solat bersendirian

07. Sebelum salam, masih dalam musafir [ belum sampai ke kediaman sendiri ]

08. Berturut – turut Qasar dan Jamak

09. Mengikut tertib waktu, contohnya : mendahului solat Zohor, kemudian solat Asar
[ Jamak Takdim sahaja ]

10. Bermula diharuskan solat Qasar dan Jamak setelah seseorang itu keluar rumah dan telah
membelakangi rumahnya.

Akan tetapi diharuskan juga solat Qasar dan Jamak di rumah sebelum musafir sekiranya
darurat

11. Tempoh seseorang itu diharuskan solat Qasar dan Jamak, apabila sampai ke destinasi
yang dituju, adalah tidak lebih dari tiga hari [ tidak termasuk hari perjalanan dan hari
pulang ]

Walau bagaimanapun, kita lihat contoh seseorang yang menjalankan urusan penting,
di mana beliau menjangkakan urusannya selesai dalam masa tiga hari, tetapi tidak
selesai.

Esoknya dijangka selesai, tetapi tidak juga selesai. Jangkaan akan selesai tugas dari hari
ke hari berlarutan sehingga lapan belas hari.

Maka beliau diharuskan solat Qasar dan Jamak. Bila masuk hari ke sembilan belas,
beliau kenalah solat bermukim [ solat biasa ]

Berakhir Solat Qasar dan Jamak

01. Kembali ke kediaman / tempat tinggal sendiri

02. Berniat untuk menetap / bermukim

03. Berada di sesuatu tempat musafir lebih dari tiga hari

Kategori Solat Qasar dan Jamak

01. Taqdim :

a.   Solat Zohor dan Asar dalam waktu Zohor

b.   Solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Maghrib

Perhatian : Wajib ikut tertib, contohnya solat Zohor, kemudian solat Asar

02. Takhir :

a.   Solat Zohor dan Asar dalam waktu Asar

b.   Solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak

Cara Solat Qasar dan Jamak

Lafaz niat solat Qasar dan Jamak Taqdim dengan solat Takhir adalah sama, kecuali berlaku perubahan pada perkataan Taqdim atau Takhir

01. Solat Zohor dan Asar secara Qasar dan Jamak Taqdim

a.   Niat Fardhu Zohor

Bermaksud :
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar, dihimpunkan Asar dengan Zohor, secara Jamak Taqdim, tunai kerana Allah s.w.t.

– Solat dua rakaat dan diakhiri dengan salam

– Berdiri untuk menunaikan solat Asar pula

b. Niat Fardhu Asar

Bermaksud :
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar, dihimpunkan bersama Zohor, secara Jamak Taqdim, tunai kerana Allah s.w.t.

– Solat dua rakaat dan diakhiri dengan salam

– Doa

02. Solat Maghrib dan Isyak secara Jamak Taqdim

a.   Niat Fardhu Maghrib [ tiada Qasar ]

Bermaksud :
Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat, dihimpunkan Isyak dengan Maghrib, secara Jamak Taqdim, tunai kerana Allah s.w.t.

– Solat tiga rakaat dan diakhiri dengan salam

– Berdiri untuk solat Isyak pula

b. Niat Fardhu Isyak

Bermaksud :
Sahaja aku solat fardhu Isyak, dua rakaat qasar, dihimpunkan bersama Maghrib, secara Jamak Taqdim, tunai kerana Allah s.w.t.

– Solat dua rakaat dan diakhiri dengan salam

– Doa

Bab 2 : Tata Tertib Dalam Solat


Solat Jenazah thumbnailCA37WWW1

1.   Berdiri [ bagi yang mampu ]

2a. Niat dan Takbir

Jenazah Lelaki :

Jenazah Wanita :

Bermaksud :
Sahaja aku solat atas jenazah ini, empat takbir fardu kifayah, makmum kerana Allah s.w.t.

2b. Baca Al – Fatihah

3a. Takbir

3b. Selawat :

4a.  Takbir

4b. Doa untuk Jenazah

Jenazah Lelaki :

Jenazah Wanita :

Bermaksud :
Ya Allah, ampunilah jenazah, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkan segala kesalahannya.

5a. Takbir

5b. Doa untuk orang Islam :

6.  Salam.

Bab 2 : Tata Tertib Dalam Solat

Solat Sunat Syukur

Cara mengerjakan Solat Sunat Syukur :

01. Niat

Sahaja aku solat sunat syukur dua rakaat kerana Allah

02. Rakaat Pertama :
Baca surah Al – Fatihah diikuti dengan Ayat Kursi

03. Rakaat Kedua :
Baca surah Al – Fatihah diikuti dengan surah Al – Ikhlaas

04. Sujud Terakhir :
a.   Mohon sekolah selamat, dan kita yang berada di dalamnya diberkati
b.   Mohon iman dan akhlak kita bertambah baik

05. Salam.

tag02

Sujud Syukur

Cara mengerjakan Sujud Syukur

01. Niat :

Sahaja aku bersyukur kerana Allah s.w.t.

02. Takbiratul Ihram

03. Sujud Syukur

Bermaksud :
Dahiku bersujud kepada Allah Yang Maha Pencipta, Yang Maha Kreatif, Yang menjadikan mendengar dan melihat di atas kekuasaan dan kekuatan Allah. Amat banyak kebaikan Allah yang sebaik – baik pencipta.

04. Salam.

Tata Tertib Dalam Solat : Penutup

Penghayatan Ibadah Solat

1. Fardhu Solat dimudahkan oleh Allah untuk didirikan, samada waktu aman atau waktu
perang, waktu menetap atau musafir, waktu sihat atau sakit

2. Kemudahan ini adalah satu rahmat dari Allah kepada manusia

3. Solat merupakan ikrar* manusia di hadapan Allah, Tuhan sekalian alam : Solatku,
ibadahku, hidupku dan matiku, hanya kerana Allah

4. Oleh sebab itu, solat merupakan satu sukatan pengajaran dari Allah untuk membina
insan manusia menghadapi cubaan hidup di dunia

Firman Allah :

[ Al – Ankabut : 45 ]

Bermaksud :
Solat itu mencegah dari kekejian dan kemungkaran

5. Solat membina jiwa seseorang supaya tabah di dalam solat dan tabah selepas solat.
Semasa solat sanggup mentaati perintah Allah dan selepas solat masih mentaati
perintah Allah dan menjauhi perkara mungkar

6. Solat membina fikiran seseorang supaya khusyuk iaitu memberi tumpuan seikhlasnya
kepada Allah. Selepas solat, perlu menjaga fikirannya agar tidak terpengaruh dengan
perkara  – perkara keji dan lucah

7. Solat membina fizikal seseorang supaya sihat dan bersih. Selepas solat, perlu terus
menjaga kesihatan dan kebersihan badan, pakaian dan tempat di mana ia berada

8. Solat membina emosi seseorang supaya tenang, sabar dan berkeyakinan diri. Selepas
solat perlu terus mengekalkannya sebagai insan yang baik

9. Solat membina akhlak dan disiplin seseorang seperti menepati waktu dan mengikut
peraturan,dan selepas solat perlu terus dengan akhlak dan disiplin demikian

Begitulah, sepatutnya solat membina dan membentuk perwatakan seseorang dalam kehidupan sehariannya. Beliau mampu menjadi insan yang baik.

Amat malang, bagi seseorang yang berjanji dan berikrar* di hadapan Allah, kalau selepas
itu beliau hidup dalam kekejian dan kemungkaran.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: