Hello world!

student pendidikan islam

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Ciri-ciri Pelajar yang Cemerlang

————————————————————-

Ciri-ciri pelajar tersebut antara lain adalah seperti berikut:

1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.

2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.

3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.

4. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).

6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.

7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata ‘carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab’.

11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.

14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.

15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.

16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.

17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.

18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar.

19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.

20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.

21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.

22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, “Don’t judge the book by its cover.” Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.

24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.

25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla akan melahirkan pemikiran yang lancar.

26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.

27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.

28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak ‘junk-food’. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.

30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

CIRI-CIRI PELAJAR YANG GAGAL

1. Mempunyai sifat “malas” yang menjadi musuh utama kejayaan.

2. Tidak bermotivasi.

3. Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan.

4. Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model.

5. Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.

6. Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan.

7. Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik.

8. Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.

9. Datang lewat ke sekolah dan selalu ponteng sekolah.

10. Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.

11. Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah.

12. Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran.

13. Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah di sekolah dan luar sekolah.

14. Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dengan rakan-rakan di bandar-bandar, terlibat dengan kegiatan tidak bermoral

15. Menjadikan kemiskinan penghalang kepada usaha untuk berjaya dalam pendidikan.

16. Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengubah dirinya.

17. Lebih banyak bergantung kepada ibu, bapa, guru dan rakan-rakan untuk belajar. Tidak boleh berdikari.

18. Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu.

19. Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak penting.

20. Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk mencari dan menambahkan ilmu.

21. Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit demi untuk pelajaran. Pelajar seperti ini lebih sanggup menghabiskan wang mereka untuk membeli majalah-majalah hiburan atau komik kegemaran mereka.

22. Tidak menghormati ibu, bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas.

23. Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah pembelajaran.

24. Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah.

25. Menyalahkan nasib dan takdir jika berlaku sebarang masalah. Namun tidak pernah mahu menyalahkan diri sendiri.

26. Cepat putus asa dan kecewa apabila gagal.

TEKNIK MENAMBAH DAYA INGATAN

1. Pemecahan Kepada Kumpulan (Chunking)

– Beberapa butir maklumat yang tidak berkaitan dikumpul menjadi satu kumpulan mengikut keseragaman tertentu

– Purata chunk yang mampu diterima mental ialah 7 dan paling banyak, 9

– Ia memerlukan irama tertentu supaya lebih diingati disamping mengurangkan kebosanan

2. Gabungan Huruf Pertama

– Setiap huruf awal digabungkan menjadi satu perkataan yang bermakna

– Gabungan huruf ini juga mempunyai susunan tertentu yang ada fungsinya

3. Daya Imaginasi

– Bahan lisan boleh digantikan kepada bahan lukisan dengan pembentukan w atak-watak dibayangkan dalam fikiran. Ianya diberi gambaran supaya lebih jelas.

– “Visual is more powerful than verbal” Daya ingatan dapat dipertingkatkan sekiranya sesuatu maklumat itu diberi ga mbaran melalui daya imaginasi kerana ia lebih jelas serta kekal kalau diban dingkan dengan maklumat dalam bentuk lisan.

4. Mempunyai Makna

– Beberapa maklumat itu boleh dibuat pembahagian mengikut kumpulan tertentu berdasarkan fungsi yang sama

– Maklumat yang ingin dingati boleh dihubungkaitkan supaya dibentuk dalam satu ayat

– Sekiranya maklumat yang ingin diingati adalah terlalu panjang, hubungkait boleh dilaksanakan dengan membentuk satu cerita.

5. Membuat Peta Minda

– Penggunaan satu imej sahaja sudah dapat menjelaskan beribu-ribu perkataan serta menambahkan daya ingatan seseorang.

– Kata kunci berada hampir di bahagian tengah dan idea yang kurang penting berada di bahagian penghujungnya.

– Setiap perkataan hendaklah ditulis dengan huruf besar.

– Setiap perkataan ditulis atas setiap garisan dan setiap garisan hendaklah bersambung dengan beberapa garisan berkaitan.

– Perkataan-perkataan disusun mengikut ruang yang berkaitan.

– Gunakan warna yang terang.

– Peta minda dihasilkan secara bersahaja.

6. Cara Lokasi

– Mestilah berdekatan dengan beberapa ciri-ciri kesinambungan semulajadi.

– Lokasi yang mudah digambarkan.

– Tempat itu boleh berupa tempat yang benar-benar wujud atau rekaan se mata-mata.

7. Penggunaan Kata Kunci

– Perkataan yang hendak diingati digantikan dengan perkataan yang lain tetapi mempunyai persamaan makna.

– Beri gambaran mental pada kata kunci supaya dapat dibayangkan di dalam minda dan cuba terjemahkan.

8. Penggunaan Gambarajah

– Carta pai dan graf bar boleh membantu mengingati maklumat yang ada kaitannya dengan kuantiti.

– Garisan masa, carta aliran, piramid dan susunan tangga lebih sesuai d igunakan untuk mengingati maklumat dalam bentuk peraturan, cara dan langkah -langkah tertentu yang mempunyai susunan tetap.

– Cara ini boleh membantu pelajar mengulangkaji pelajaran dalam menghadapi peperiksaan. Ia juga meringkaskan nota panjang menjadi pendek, jelas serta menarik.

9. Penggunaan Penanda Wacana

– Teknik ini menghubungkan beberapa fakta daripada satu idea kepada satu idea yang mempunyai kesinambungannya.

– Penanda wacana lebih berkesan sekiranya seringkali digunakan.

10. Penggunaan Soalan

– Dapat membantu menjurustumpukan maklumat umum kepada maklumat penting yang perlu diingati.

– Cara ini juga memudahkan proses penyelidikan, pembacaan, pengulangkajian dan pembelajaran dilaksanakan.

FIKIRKAN BOLEH

(Kau adalah apa yang kau fikirkan)

Jika Kau Fikirkan Kau Boleh

Kau Hampir Boleh Melakukan

Jika Kau Fikirkan Ragu-Ragu

Usahamu Tidak Menentu

Jika Kau Fikirkan Kekalahan

Kau Hampiri Kegagalan

Jika Kau Fikirkan Kemenangan

Kau Hampiri Kejayaan

Engkaulah Apa Kau Fikirkan

Terkandung Dalam Pemikiran

Berfikir Boleh Melakukan

Fikirkan Boleh

Percaya Apa Kau Lakukan

Tabah Apa Kau Usahakan

Bertindak Atas Kemampuan

Engkau Boleh


Mengapa Lupa?

1. Tidak menumpu perhatian

2. Anda tidak menumpukan perhatian kepada maklumat yang hendak diingati. Pada waktu yang sama anda mengingati perkara-perkara lain.

3. Tidak teliti

4. Menerima maklumat secara sambil lewa

– Menghafal maklumat yang dianggap penting sahaja tanpa memberi perhatian kepada maklumat yang difikirkan kurang penting

5. Tidak berminat

6. Menghafal maklumat kerana “terpaksa”

Menumpukan perhatian pada maklumat yang anda minat sahaja dan tidak pada maklumat yang anda kurang minat.

7. Sengaja mahu melupakan

8. Menganggap maklumat itu membosankan

9. Merasakan maklumat itu tidak penting


Rahsia Merehatkan Mata

Membaca dan mengulangkaji buku dan nota-nota untuk peperiksaan amat meletihkan badan anda. Oleh itu amatlah penting bagi anda untuk mengetahui cara-cara melegakan otak anda selepas selesai membaca.

Bacalah untuk tempoh yang tidak terlalu lama dan diselangi dengan sedikit masa rehat. Misalnya, baca untuk selama 45 minit atau 1 jam dan selepas itu berehat selama 10 minit. Hindari amalan membaca terus-terusan untuk suatu jangkamasa yang melebihi 1 jam. Ini kerana, otak anda yang letih sukar untuk menerima ilmu yang anda paksakan kepadanya.

Merehatkan Mata

Membaca boleh meletihkan mata. Ini akan mengganggu pembacaan yang seterusnya. Keadaan mata yang ‘letih’ wajar dielakkan kerana mata adalah ‘saluran’ pertama yang memasukkan semua ilmu ke dalam otak anda. Oleh itu amat perlu untuk ‘merehatkan’ mata anda pada setiap 1 jam.

Selepas mentelaah pelajaran selama 1 jam, bagaimanakah cara anda merehatkan diri anda? Adakah anda melompat terus ke atas katil? Awas! Teknik yang salah untuk merehatkan badan anda mungkin boleh ‘merehatkan terus’ otak anda daripada berfikir. Anda perlukan teknik yang sesuai untuk merehatkan mata dan melegakan otak anda.

Amalkan teknik-teknik di bawah ini.

Untuk merehatkan mata: Gosokkan kedua tapak tangan anda sehingga panas. Letakkan kedua tapak tangan anda itu pada mata anda. Lakukan sebanyak 3 kali.

Untuk menguatkan mata: Putarkan biji mata anda ke kiri dan ke kanan perlahan-lahan. Buatkan 2 pusingan ke kiri dan 2 pusingan ke kanan.

Semasa anda sedang menumpukan sepenuh perhatian pada bahan bacaan, otot-otot mata anda akan menjadi kecut dan menegang.

Terdapat satu cara untuk melonggarkan ketegangan otot mata anda iaitu:

1. Pandang terus ke depan.

2. Tumpukan perhatian anda pada mata anda.

3. Cuba rasakan seolah-olah mata anda sedang ‘membesar’ dan bahagian dahi anda menjadi ringan dan longgar.

4. Urut bahagian-bahagian kepala anda supaya menjadi tenang dan ringan.

5. Tarik rambut anda segenggam demi segenggam (jangan sampai tercabut!).

6. Gosok dahi anda ke kiri dan ke kanan.

7. Dengan menggunakan tangan, sapu muka anda.

8. Sapu bahagian belakang tengkok anda.

9. Urut di kedua bahagian belakang telinga anda.

Lakukan senaman ini:

Berdiri tegak

– Tarik nafas panjang

– Lepaskan nafas melalui mulut

Senaman ringan ini akan menambahkan input oksigen ke dalam otak anda. Ingat, otak juga perlukan oksigen untuk menjadi ‘segar’. Ini akan memberikan tenaga baru bagi pembacaan anda yang seterusnya.

Jangan Lupa! kesemua teknik berkesan ini perlu anda amalkan dalam masa lebih kurang 10 minit selepas anda mentelaah pelajaran selama 1 jam.



Rahsia Minda

Para pakar otak dan pembelajaran kini mengakui bahawa otak kita berfungsi dari dua bahagian iaitu otak kiri dan otak kanan. Untuk belajar dengan cemerlang, kita haruslah menggunakan kedua-dua bahagian otak kita. Kerjasama antara otak kiri dan otak kanan disebut sebagai TOTAL LEARNING. Inilah rahsia minda seseorang pelajar yang cemerlang.

Teknik menggerakkan otak kiri dan otak kanan serentak.

Pelajar dinasihatkan untuk mengamalkan teknik-teknik ini pada setiap masa sebelum mentelaah pelajaran. Teknik-teknik berkesan ini mengambil masa selama lebih kurang 15 minit sahaja.

Teknik 1:

– Otak kanan mengawal bahagian kiri badan manakala otak kiri mengawal bahagian kanan badan.

– Anda hendaklah menggerakkan kedua-dua bahagian badan anda.

– Ini akan menggerakkan ‘enjin’ otak anda!

Teknik 2:

– Baring atas katil atau lantai.

– Tenangkan diri.

– ‘Stretch’ seluruh badan anda serentak, iaitu seolah-olah anda sedang berkembang ke semua arah.

– Apabila berasakan diri anda cukup ‘tegang’, lepaskan tekanan itu sambil berkata ‘aah!’

Lakukan sebanyak 3 kali.

Teknik ini akan memberikan tenaga pada keseluruhan badan anda dan menyegarkan minda anda. Ini akan membolehkan anda mula mentelaah pelajaran dengan lebih selesa dan mudah memahami segala ilmu yang diterima.

Teknik 3:

– Pejamkan mata perlahan-lahan.

– Tumpukan perhatian anda pada bahagian tengah bulu anda.

– Bayangkan ada sebatang lilin di dalam kepala anda.

– Bayangkan yang lilin ini bercahaya dan menyinari segala kegelapan dalam otak anda.

– Lakukan amalan ini selama 3 minit.

– Teknik ini akan membantu menyatukan kedua-dua bahagian otak anda. Otak kanan dan otak kiri bertemu di bahagian tengah kepala iaitu di bahagian antara kedua bulu kening anda.

Teknik 4:

Baca saranan-saranan ini dan ucapkannya sebelum anda memulakan apa-apa pembelajaran. Ini akan memudahkan anda menghadapi kesulitan-kesulitan dalam sebarang topik yang sedang dipelajari. Sila pilih saranan yang anda rasakan paling sesuai dengan perasaan anda. Baca dalam hati beberapa kali.

Contoh:

“AKU BIJAK, AKU PANDAI. AKU BOLEH INGAT APA SAHAJA YANG AKU BELAJAR.”

“SUBJEK INI MUDAH. AKU SUKA SUBJEK INI. AKU PASTI BERJAYA DALAM SUBJEK INI.”

“MATEMATIK SANGAT MENYERONOKKAN. AKU CINTAKAN MATEMATIK. AKU BOLEH SELESAIKAN SEMUA MASALAHNYA.”

BAHASA INGGERIS SANGAT PENTING. AKU BOLEH MENDAPAT BANYAK FAEDAH BELAJAR BAHASA INGGERIS. BAHASA INGGERIS MUDAH. AKU BOLEH FAHAMINYA.

Baca saranan pilihan anda sehingga sebati dengan jiwa anda. Bacalah beberapa kali sebelum memulakan pembelajaran. Anda boleh reka saranan sendiri mengikut subjek-subjek yang susah.

Saranan-saranan ini akan membantu keyakinan anda dalam keupayaan anda berjaya dalam peperiksaan. Minda seseorang pelajar yang cemerlang mempunyai keyakinan terhadap kebolehan diri sendiri. Kebolehan anda selama ini terpendam, Sekaranglah masanya. Bangunkan kebolehan anda.Yakin Boleh!!!



Rahsia Badan Anda

Kesihatan pada badan akan mempengaruhi keupayaan daya ingatan anda. Usaha ini juga akan menentukan kecergasan minda anda. Oleh itu amatlah perlu sekali untuk anda menjaga kesihatan anda melalui:

1. makanan berzat

2. senaman fizikal

3. Makanan Berzat

Anda makan makanan setiap hari. Apa yang lebih penting bukanlah kuantiti makanan yang anda makan, tetapi kualiti makanan anda itu. Adakah makanan itu berzat? Adakah zatnya seimbang? Oleh itu adalah dinasihatkan supaya para pelajar mengambil vitamin tambahan setiap hari. Vitamin tambahan ini mengandungi zat-zat galian yang penting yang dapat mengekalkan tahap kesihatan badan anda.

Di bawah ini disenaraikan vitamin-vitamin dan galian yang boleh membantu anda untuk membantu menguatkan daya ingatan anda.

Vitamin A, B1, B2, B6, B12, C, D2, dan E.

Galian Kalsium, Potassium, Besi dan Zink

Vitamin-vitamin dan galian-galian ini boleh didapati di semua farmasi dalam bentuk pil atau kapsul. Selain daripada vitamin dan galian di atas, terdapat dua bahan lain yang dipercayai dapat menguatkan daya ingatan anda iaitu GINKO dan GERMANIUM.

Ginko diproses dari pokok-pokok tertua di dunia. Umur pokok-pokok ini mencapai hampir 200 juta tahun dan dianggap mampu untuk terus hidup untuk tempoh 2 000 ke 4 000 tahun akan datang. Bahan-bahan yang diproses dari daunnya dipercayai boleh memulihkan serta menguatkan daya ingatan kita di samping mengubati penyakit-penyakit yang berkaitan dengan otak.

Germanium pula bertindak sebagai pemangkin oksigen dan membersihkan badan daripada toksin. Bahan ini dipercayai dapat menguatkan ketahanan badan kita dan sekaligus menguatkan daya ingatan kita.

Selain dari itu, banyakkan memakan kismis kerana ia dapat menambahkan kecerdasan berfikir. Kurangkan memakan makanan yang mempunyai santan kerana ini boleh melemahkan minda.

Senaman Fizikal

Kalau pun anda seorang ahli sukan, anda dinasihati untuk mengamalkan siri-siri senaman ini yang dipercayai dapat menguatkan ‘tenaga batin’ anda. Tenaga batin anda ini akan meningkatkan lagi kecergasan otak anda


~ by mohd suhaimi on July 15, 2009.

One Response to “Hello world!”

  1. Hi, this is a comment.
    To delete a comment, just log in, and view the posts’ comments, there you will have the option to edit or delete them.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: