petua murah rezeki

Petua Murah Rezeki

Sementara hari baik bulan baik ni..saya nak kongsi satu rahsia yang saya perolehi 2 tahun yang lepas, Ilmu ini saya perolehi daripada seseorang yang tidak saya kenali, dan yang paling dramatik, ilmu ini saya perolehi melalui internet, tanpa kenal siapa orang itu yang hanya menggelarkan diri sebagai pawang hitam No 1.

Pada mulanya saya hanya berborak suka-suka sambil mencari prospek untuk barang yang saya niagakan ketika itu, dan kebiasaan pelbagai nickname yang chatters gunakan, so saya tak kisah,apa saja nickname saya layan, cuma dalam fikiran saya, hanya ingin berborak.

Alhamdulillah saya mendapat rezeki batiniah yang amat berguna untuk saya. Ilmu yang baik yang saya boleh gunakan untuk selamanya dan ianya adalah untuk kebaikkan.Alhamduillah petua murah rezeki yang saya amalkan itu amat berkesan. Malangnya itulah perbualan yang pertama dan terakhir antara saya dan Tok Pawang tersebut. Sehingga sekarang saya masih lagi mencari nickname tersebut untuk mengucapkan terima kasih diatas setiap ilmu yang dia ajar kepada saya.

Sebenarnya ilmu yang beliau berikan kepada saya amat mudah, cuma terpulang pada hati masing-masing untuk mengamalkannya. Selepas saya simpan selama 2 tahun ini dan saya ajar hanya kepada orang-orang yang terdekat sahaja, hari ini saya mengambil keputusan untuk berkongsi dengan pembaca blog ini, kerana anda sudah berada dekat dihati saya. Terima kasih kerana sudi menjadi pengunjung blog saya, dan bilangan pembaca semakin ramai.

Antara perkara yang perlu dilakukan ialah:

  1. Selawat ke atas Junjungan nabi 100 x selepas setiap solat
  2. Baca surah Al-Waqiah sebelum tidur
  3. Puasa setiap isnin dan khamis setiap minggu.

Apa yang diajar untuk diamalkan selama 40 hari, tetapi saya mengamalkan sehingga hari ini. Alhamdulillah ianya sudah menjadi sebati dengan kehidupan saya. Seperti mana ALLAH memberikan rezeki untuk saya, insyaALLAH anda juga akan memperolehi faedah yang sama seperti saya. Teringat pesan pawang kepada saya. ALLAH itu maha kaya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: